Friday 5 August 2011

Tayangan Video Contoh Atlet Terjunan Malaysia Ahmad Amsyar Azman

Tayangan Video Proses Pengajaran dan Pembelajaran PJM 3104

Tayangan Video Bina Insan Guru siri 3/2011

Asas Terjunan

  • Bottle jump
  • Surface dive
  • kack knife

Kemahiran Asas Dalam Air

  •          Apungan
  •          Apungan lentang
  •          Apungan meniarap
  •          Apungan campang(sculling)
  •          Kuak dan pernafasan
  •          Gaya bebas
  •          Kuak lentang asas
  •          Kuak gaya bebas
  •         Tendang gunting
  •         Gaya sisi

Kemahiran Asas Dalam Air

Keyakinan dalam Air


Contoh Aktiviti :
  1. Getting down into the water
  2. Walk and balance in water
  3. Submerge head into water
  4. Floating in water with support
  5. Float then stand up on the feel
Kemahiran Asas Menyelamat dalam Air

  • Kaedah CPR

    1. Baringkan mangsa.
    2. Letak pipi rapat ke hidung dan mulut mangsa sambil melihat dada mangsa untuk memastikan mangsa bernafas ataupun tidak.
    3. Sekiranya mangsa tidak bernafas, buka mulut mangsa dan bersihkan mulut mangsa sekira terdapat kotorkan yang menyumbat salur nafas bahagian mulut mangsa.
    4. Donggak kepala mangsa sebelem tangan menutup hidung sambil mendonggak kepala mangsa dan sebelah tangan memegang dagu mangsa.
    5. Cium dan tiup nafas melalui mulut mangsa sehingga dada mangsa naik keatas sebanyak dua kali.
    6. Tekan dada dibahagian bawah tulang sternum menggunakan tangan sebanyak 30 kali.
    7. Lakukan kaedah tersebut secara berulang-ulang sehinggalah ambulan datang untuk mengambil mangsa untuk dirawat.

Keselamatan

Keselamatan dalam Air

Keselamatan di dalam air memupuk pemahaman tentang keselamatan semasa di dalam dan berhampiran dengan air. Ini merupakan salah satu aspek penting dalam acara renang di dalam Kurikulum Kebangsaan Britain, yang mana sebahagian daripadanya boleh diajar di rumah atau di kelas di luar persekitaran kolam renang.

Latihan mengenai keselamatan boleh dimulakan sebelum lawatan pertama ke kolam renang sekiranya kanak-kanak itu tahu memahami prinsip-prinsip. Pendekatan mengenai perkara ini boleh dilakukan dengan meransang minat dan cabaran kepada kanak-kanak itu, memberi peluang kepada mereka untuk menggunakan imaginasi mereka ketika berada dalam situasi merbahaya. Prinsip-prinsip berkaitan keselamatan dalam air boleh diperkuat lagi pada bila-bila masa ketika kanak-kanak berada di sekitar perairan atau apabila program di televisyen memaparkan beberapa aktiviti akuatik.


Disamping itu, kaedah bantu mula juga adalah amat dititikberatkan untuk memastikan bahaya yang berlaku dapat dikurangkan seperti kelemasan ketika menjalani aktiviti renang. Kaedah CPR adalah kaedah yang terbaik untuk memberi bantuan awal sekiranya ada individu yang lemas dalam air. 

Peraturan keselamatan di dalam air :
  1.  Apabila bermain berdekatan kawasan air, sentiasa pastikan bahawa ada orang dewasa atau guru yang mengajar renang yang boleh berenang dan mahir dalam memberi bantu mula bersama anda.
  2.  Sekiranya menghadapi masalah di dalam air, bawa bertenang, pusingkan badan supaya anda berada dalam keadaan terlentang, dan jika ternampak seseorang, lambaikan tangan untuk menarik perhatian. Cara lain ialah dengan meletakkan tangan anda di dalam air.
  3. Jangan berenang pada masa sejam selepas anda memakan makanan berat.
  4. Sekiranya anda berasa kesejukan atau keletihan ketika berada di dalam air, segera keluar dari kolam.
  5. Pakaian haruslah sesuai untuk menjalankan aktiviti renang iaitu pakaian renang.
  6. Sentiasa mematuhi arahan guru atau pensyarah pembimbing.